Pembentukan Akta Pendidikan 1996

 


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi menyinggah di blog kami ini 🤗 . Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada semua pembaca 😎... ~














Manakala fungsi Akta Pendidikan adalah sepertimana yang tertera di bawah ini .👇👇


FUNGSI AKTA PENDIDIKAN 1996 


1.     Penekanan penggunaan sains dan teknologi dalam pendidikan.

Menekankan penggunaan sains dan teknologi dalam pendidikan merupakan fungsi Akta Pendidikan 1996. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejajar dengan pendidikan pada abad ke-21. Penggunaan ICT dikatakan sangat membantu kalangan pelajar mahupun guru. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa dunia sekarang sangat bergantung terhadap penggunaan ICT untuk mempercepatkan segala urusan, memudahkan komunikasi dan mencari segala maklumat yang diinginkan. Jadi, hal ini sangat bersesuaian dalam bidang pendidikan sekarang yang memerlukan untuk diselaraskan kepada teknologi. Tambahan pula penekanan ini juga merupakan suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan. Apabila seseorang individu itu terbiasa dengan kemahiran menggunakan ICT maka dapat melengkapkan diri dengan kemahiran menghadapi cabaran baru seperti lebuh raya maklumat, pengaruh ruang siber, penyalahgunaan internet dan sebagainya. Jelaslah bahawa matlamatnya ialah membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi pendidikan alaf baru yang dapat berubah ke arah yang lebih progresif.

 

2.     Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan juga merupakan fungsi Akta Pendidikan 1996. Hal ini dikatakan demikian kerana kedudukan bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai Bahasa Pengantar utama dalam sistem Pendidikan Kebangsaan dan mata pelajaran teras. Bahasa Melayu juga telah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam mana-mana peperiksaan sekarang ini terutamanya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perkara ini juga sesuai dengan pendidikan abad ke-21 kerana bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu digunakan di setiap sekolah dan dijadikan sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh semua sekolah kebangsaan di Malaysia menggunakan bahasa pengantar dengan sekolah-sekolah yang lain. Istimewanya pula ialah setiap sekolah mewajibkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia. Jelaslah bahawa Akta Pendidikan 1996 mengekalkan mutu dan keistimewaan penggunaan bahasa Melayu dan menyelaraskannya dalam pendidikan abad ke-21.

 

3.     Kurikulum kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama.

Akta Pendidikan 1996 juga berfungsi dalam mengadakan kurikulum kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam Seksyen 18, kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila kurikulum kebangsaan yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 ini wajib digunakan oleh semua pihak. Sebagai contohnya ialah murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan hal ini akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari semua sekolah di negara kita. Jelaslah bahawa Akta Pendidikan 1996 ini sangat relevan dengan pendidikan abad 21 dimana peperiksaan itu perlu adil dan perlu diselaraskan untuk meningkatkan persaingan yang hebat dalam bidang pendidikan.

 

4.     Menyatupadukan perpaduan kaum di Malaysia.

Fungsi Akta Pendidikan 1996 juga dapat menyatupadukan perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini kerana pendidikan di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Perkara ini sejajar dengan abad ke 21 iaitu dimana tujuan utama Akta Pendidikan 1996 adalah untuk menyatupadukan kaum melalui pendidikan. Sebagai contohnya akta ini telah memperkenalkan kokurikulum keinsanan, menerapkan mata pelajaran yang melibatkan pelbagai budaya di semua sekolah dan menghapuskan monopoli sesuatu kaum. Hal ini bermaksud setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata iaitu tanpa mengira kaum dan budaya. Tambahan pula peluang untuk belajar juga diberikan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latar belakang sama ada mereka kaum Melayu ataupun tidak. Jelaslah bahawa fungsi Akta Pendidikan 1996 ini relevan dan sesuai dengan pendidikan atau pembelajaran abad 21 yang menginginkan semua rakyat perlu bersatu padu dalam pendidikan mahupun di luar bidang berkenaan agar sama-sama dapat menjalinkan hubungan yang erat dan sekali gus mengelakkan daripada bersifat perkauman.

 

Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai mayarakat. Tanpa pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Oleh yang demikian, negara akan mengalami pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh itu, dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak pendidikan yang seimbang kepada semua masyarakat.




















1 comment: