KANDUNGAN

Nama Penulis

Cabaran Akta Pendidikan 1996

 CABARAN AKTA PENDIDIKAN 1996



Pengurusan sumber manusia

Cabaran pengurusan sumber manusia berpunca daripada berlakunya isu ketidakseimbangan jantina dalam pencapaian akademik. Misalnya, kemasukan pelajar perempuan ke IPT lebih ramai berbanding lelaki. Keadaan ini menyebabkan sumber manusia bagi kaum lelaki semakin berkurang.  Selain itu, tekanan belajar atau stress daripada para belia dalam belajar menjadi isu utama. Tekanan yang dihadapi tidak mampu ditanggung menyebabkan mereka mengalah dalam pembelajaran. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil Langkah bagi mengatasi isu ini dengan menyemak semula kurikulum kearah lebih mencabar keupayaan pelajar lelaki untuk menggalakkan kemasukan golongan lelaki di IPT seiring dengan golongan perempuan.

Perubahan minda rakyat Malaysia

Rakyat masih mengharapkan pendidikan sebagai alat untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan. Namun begitu, pendidikan masih tidak dapat mengeluarkan graduan berdikari yang mencipta peluang pekerjaan. Graduan dihinggapi penyakit “diploma disease” sebagai contohnya, pengangguran dalam kalangan graduan masih tinggi (204,000), jenayah dan masalah sosial juga kian meningkat. Justeru itu, penekanan dalam aspek pembinaan insan melalui penerapan nilai murni dan pemahaman konsep keagamaan dalam diri generasi muda supaya mencapai matlamat adalah langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi cabaran dalam pelaksaan Akta Pendidikan 1996.

Sumber kewangan

Walaupun pendidikan menerima terbesar peruntukan terbesar (18 – 22%) setiap tahun namun masih kecil untuk menjadikan pendidikan maju dan kondusif. Misalnya, saiz murid per kelas masih besar (30 – 40 orang) prasarana dan teknologi pembelajaran tidak mencukupi. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang lebih besar dalam belanjawan tahunan supaya cabaran sumber kewangan bagi pendidikan dapat diatasi.

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Bahasa Melayu masih tidak dimartabatkan dalam pendidikan sebagai bahasa pengantar utama disemua institusi pendidikan di Malaysia. Bahasa Melayu juga tidak dijadikan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia yang sepatutnya dikuasai dan digunakan dalam urusan harian. Justeru, kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang supaya individu yang menjatuhkan martabat Bahasa Melayu akan menerima denda sewajarnya.

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia

Malaysia masih lagi tercari-cari formula untuk meningkatkan kedudukan  dalam TIMSS, PISA dan ranking universiti. Oleh itu, kerajaan masih lagi menghantar pelajar-pelajar keluar negara bagi mendapatkan ilmu di negara yang hebat dari segi pendidikan supaya ilmu yang dipelajari tersebut dapat diadaptasi ke dalam sistem Pendidikan di Malaysia.  Selain itu, Malaysia gagal menarik pelajar-pelajar cemerlang dari negara maju untuk belajar di Malaysia bagi tujuan pertukaran idea dari aspek pendidikan. Justeru itu, Malaysia kini cuba melihat negara maju sebagai acuan untuk membangunkan pendidikan negara.  Dengan itu, kerajaan mestilah menyemak dan menggubal kurikulum atau program Pendidikan yang dijalankan. Seterusnya kerajaan juga hendaklah memaksimakan kepakaran rakyat Malaysia ke dalam bidang Pendidikan dengan berpaksikan kepada keunikan masyarakat dan ekonomi negara Malaysia.


2 comments: