KANDUNGAN

Nama Penulis

Perbandingan Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961

 








Persamaan antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996 : 👇



Persamaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996

 

                                            i.          Berpaksikan Penyata Razak 1956.

                                           ii.          Kurikulum kebangsaan dikuatkuasakan

                                         iii.          Pembangunan sekolah vokasional untuk melatih tenaga kerja.

                                         iv.          Pendidikan rendah sebagai asas mencapai 3M (Membaca, Menulis, Mengira).

                                           v.          Bahasa Melayu dikukuhkan sebagai Bahasa pengantar dan mata pelajaran teras.

                                         vi.          Memupuk perpaduan rakyat melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi & politik.

 





Perbezaan antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996 : 👇


AKTA PELAJARAN 1961

PERBEZAAN

AKTA PENDIDIKAN 1996

 

Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya :

  1.                    Sekolah rendah kebangsaan
  2.                     Sekolah menengah kebangsaan

 

 

 

Sekolah Kebangsaan

 

Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya :

  1.                       Sekolah Rendah : Sekolah       Kebangsaan, SRJK(T) &   SRJK(C).
  2.                        Sekolah Menengah : SMK.


 

 

Tiada langsung peruntukan

 


Kurikulum Kebangsaan


Seksyen 18: Memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.


 

Garis panduan ini tidak wajib digunakan di semua tadika

 

      Pendidikan Prasekolah

Seksyen 22 : Memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk prasekolah bagi penyelarasan dan wajib digunakan di semua prasekolah.

 

Terbatas kepada peringkat sekolah dan institusi kemahiran

 

Pendidikan Swasta

Dibolehkan dilaksanakan pada semua peringkat pendidikan dengan syarat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

 



Tiada peruntukan berkenaan dengan perkara ini.



 

Pendidikan Teknik & Vokasional

Seksyen 37: Politeknik boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian.

Seksyen 38: Politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan universiti atau institusi pengajian lain.



Peruntukan mengenai Pendidikan guru terlalu umum



      Pendidikan Guru

Seksyen 47 (1) : Membolehkan maktab perguruan mengadakan Kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan university atau institusi pendidikan lain.


 

No comments:

Post a Comment