KANDUNGAN

Nama Penulis

Peranan Akta Pendidikan 1996




1. Garis panduan/rujukan pelaksanaan pendidikan : Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya, ialah mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan perubahan masa 

2. Peraturan yang perlu dipatuhi : Banyak peraturan yang telah ditetapkan dan wajib diikuti oleh pihak- pihak yang berkenaan. Contohnya peraturan- peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993: Pindaan 2002). Peraturan ini penting untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan amanah serta bertanggungjawab.

3. Sistem pendidikan yang sistematik : Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas diberi tumpuan. Mengambil kira kepentingan semua kaum. Berkualiti dalam memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.

4. Kesaksamaan peluang pendidikan : Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Selain itu, peluang untuk belajar juga diberikan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang atau pun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar.






No comments:

Post a Comment