KANDUNGAN

Nama Penulis

Implikasi Akta Pendidikan 1996






IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996

Kesan positif.

Implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah berlaku perluasan sistem pendidikan swasta terutamanya di peringkat tinggi. Pendidikan swasta ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar yang layak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengurangkan aliran wang keluar. Pendidikan ini berkembang secara sistematik dengan peruntukan wang yang spesifik. Hal ini bertujuan membantu melahirkan insan yang berilmu, berupaya memajukan kehidupan yang memenuhi aspirasi negara. Antara contoh pendidikan swasta yang ditubuhkan ialah Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia yang memberi peluang kepada rakyat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat.

Seterusnya, pihak kementerian Pendidikan Malaysia turut mewujudkan pendidikan prasekolah/awal kanak-kanak bagi warganegara yang berumur enam tahun. Pendidikan ini diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan dan telah ditukar kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan pendidikan ini berjalan baik, memelihara hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak seperti membaca, mengira dan menulis disamping menanam nilai positif dan keyakinan diri dalam diri kanak-kanak. Antara pendidikan prasekolah yang mendapat pengiktirafan ialah PERMATA, KEMAS dan PASTI.

Selain itu, implikasi positif Akta Pendidkan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan pendidikan teknik dipertingkatkan. Pendidikan ini cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri. Pihak kerajaan tertumpu kepada meningkatkan kemahiran dan praktikal dengan membolehkan politeknik mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian. Mengadakan program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam dan luar negara. Antara contoh pendidikan teknik ialah Kolej Vokasional, Politeknik dan TVET.

Disamping itu, implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan pendidikan khas mula diberi tumpuan. Pendidikan khas diberi tumpuan bagi membantu menigkatkan potensi diri, keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan berdikari. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan sekolah-sekolah seperti Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif. Dengan adanya pendidikan khas ini turut membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera lain.

Kesan negatif.

Implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah menyebabkan penswastaan pendidikan berlaku. Pendidikan bukan lagi sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan standard kurikulum di Malaysia tidak sama dan taraf pendidikan juga berbeza serta pelajar menduduki jenis peperiksaan berbeza. Contohnya, penubuhan tadika swasta, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, pusat latihan kemahiran swasta, kolej swasta dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Dengan itu, kerajaan telah membuat kawalan terhadap institusi pendidikan swasta dan memperluaskan peranan kerajaan dan majikan untuk membangunkan pendidikan percuma.

Selain itu, menjadikan pendidikan sebagai suatu perniagaan juga implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan bukan lagi dianggap perkhidmatan kerajaan tetapi dianggap sebagai barang perniagaan. Pihak swasta melabur untuk mendapatkan keuntungan dengan mengenakan pelbagai bayaran yang tinggi. Sebagai contoh, mengenakan yuran pendaftaran tadika swasta sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 manakala yuran IPTS dikenakan sebanyak RM50,000 hinggaRM200,000. Dengan jumlah yuran yang telah ditetapkan, pihak ini telah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk memperoleh keuntungan. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengenakan kawalan yuran di institusi pendidikan swasta, memperluaskan pendidikan percuma dan membangunkan wakaf pendidikan agar semua golongan mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Tambahan pula, berlaku pengangguran di kalangan masyarakat dimana akibat daripada pengangguran yang tinggi menyebabkan persaingan yang sengit antara pelajar yang mendapat pendidikan. Statistik menunjukkan kadar pengangguran sebanyak 3.3% dimana 204,000 daripada 503,000 adalah graduan. Dengan ini, pihak kerajaan perlu memperbanyakkan program pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa asing juga semakin berleluasa kerana sekolah antarabangsa dan sekolah ekspariat mengekalkan penggunaan bahasa asing dalam sistem pembelajaran mereka. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah mewajibkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang perlu dipelajari di semua pusat pendidikan swasta.

Akhir sekali, implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah menyukarkan pembentukan bangsa Malaysia. Hal ini kerana penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat sehingga meminggirkan martabat bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan bangsa Malaysia sukar dibentuk di negara ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan memperkenalkan subjek silang budaya. Hal ini bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu agar terus berkembang di mata dunia.




No comments:

Post a Comment